Samsung Galaxy A14 4G Dilancarkan



Januari yang lalu Samsung Galaxy A14 5G telah dilancarkan secara rasmi. Kini Samsung Galaxy A14 4G pula dilancarkan untuk pengguna yang mungkin tidak memerlukan sistem rangkaian telekomunikasi generasi terkini.

Samsung Galaxy S14 4G hadir dengan skrin 6.6″ PLS LCD 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G80, memori sehingga 6GB, storan sehingga 128GB, dan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W sahaja.


Kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 5MP dan makro 2MP. Di hadapan pula kamera swafoto 13MP digunakan dengan ia diletakkan dalam takuk Infinity V. Dari segi kamera A14 4G hadir dengan lensa sudut lebar lebih baik kerana pada A14 5G ia dipadankan dengan sensor 2MP sahaja.

Peranti turut mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi dan juga bicu audio 3.5mm. Walaupun telah disenaraikan di laman Samsung Malaysia, harga jualan peranti ini tidak pula disenaraikan pada waktu ini.
 

0/komen