Samsung kini telah pun memperkenalkan secara rasminya telefon berspesifikasi pertengahan mereka dibawah siri Galaxy A. Dua model diperkenalkan, iaitu Galaxy A54 dan juga Galaxy A34.
Samsung Galaxy A54 5G hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+ dengan paparan Super AMOLED serta menyokong kadar segar semula 120Hz. Menjananya adalah cip lapan-teras, memori sehingga 8GB RAM, dan storan 256GB.
Pada bahagian belakang, Samsung Galaxy A54 hadir dengan sensor utama 50-megapixel, sensor rakaman lebar 12MP, dan juga sensor makro 5-megapixel. Ia turut menyertakan kamera 32-megapixel untuk swafoto.
Melengkapkan telefon ini juga adalah bateri 5000mAh, dilengkapi sistem operasi Android 13 dan antaramuka One UI 5.1.
Samsung Galaxy A34 5G pula hadir dengan skrin 6.6-inci FHD+ dengan paparan Super AMOLED, serta kadar segar semula 120Hz, dijana cip lapan-teras, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.
Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera utama 48-megapixel dibelakang, yang disatukan bersama sensor ultra-lebar 8-megapixel, serta sensor makro 5-megapixel. Sensor 13-megapixel digunakan untuk rakaman swafoto.
Pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri 5000mAh. Seperti Galaxy A54 5G, ia turut hadir dengan Android 13 dan One UI 5.1.
Samsung menjanjikan kemaskini sehingga 4 generasi sistem operasi, dan lima tahun kemaskini sekuriti untuk kedua-dua model telefon ini. Kedua-dua model ini juga menyokong Samsung Knox.
Secara keseluruhan, Samsung menyatakan kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan paparan yang lebih cerah berbanding sebelum ini, ciri kamera yang lebih baik, serta ketahanan bateri yang lebih baik.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Samsung masih belum mengumumkan harga jualan untuk pasaran Malaysia.
Catat Ulasan