Xiaomi 13 Pro Menerima Skor 136 DXOMark


Siri Xiaomi 13 telah dilancarkan secara global baru baru ini, kemudian dibawa masuk pula ke Malaysia  dengan harga jualan bermula RM3499. Salah satu model yang diumumkan ialah Xiaomi 13 Pro dengan penggunaan lensa Leica dan ciri khas terbina yang menjadikan kameranya terasa menarik untuk digunakan.

Keupayaan kameranya dilihat mencatatkan skor yang setanding dengan sebuah Vivo X90 Pro. Keputusan ujian menunjukkan Xiaomi 13 Pro mencatatkan skor 136 keseluruhannya untuk kebolehan kamera utama. Untuk ringkasan ujian, ia mendapat 136 mata untuk keupayaan fotografi, 60 mata untuk keupayaan bokeh, 156 mata bagi kebolehan zum dan 129 mata pula untuk rakaman video.

Pujian diberi pada kebolehan kamera peranti menghasilkan gambar dan video dengan perincian, warna dan dedahan yang baik. Ia juga mempunyai prestasi zum yang baik untuk jarak sederhana dan dekat. Prestasi paparan juga dipuji dengan kebolehan memaparkan tontonan imej yang sepatutnya, di samping kebolehan merakam dengan kesan audio yang memuaskan.


Kritikan pula diberikan pada kesukaran peranti menangkap gambar dengan pantas dalam situasi mencabar, misalnya seperti pencahayaan rendah. Seterusnya kegagalan peranti mengawal dedahan yang baik dalam adegan kontran yang tinggi. Bukan itu sahaja rakaman audio juga dikatakan tidak sesuai digunakan dalam sumber audio yang kuat seperti konsert. Selanjutnya kegagalan peranti memberi paparan yang baik sewakti digunakan di bawah cahaya matahari terik.


 

0/komen