
Seorang wanita terkejut apabila terpaksa membayar bil sebanyak RM4,700 selepas menghantar keretanya yang dikatakan mengalami kerosakan brek di sebuah bengkel.
Fatin Farah dalam satu perkongsian di Facebook miliknya bertanya kepada kepada orang ramai jika jumlah tersebut benar dan berkongsi gambar bil kos membaiki keretanya.
“Saya ada hantar kereta dekat bengkel, tujuan saya hantar tu sebab brek tak makan saja. Lepas tu dia buka kata macam-macam rosak. Jumlah semua dalam RM4,700,” katanya.
Tambahnya lagi, dia bimbang ditipu oleh bengkel terbabit kerana dia tidak mengetahui mengenai kenderaan.
“Maklumlah perempuankan yang hantar kereta dekat bengkel. Orang perempuan kan tak tahu sangat perkara ini,” katanya.
Ramai yang terkejut dengan harga yang perlu dibayar Fatin.Kalau betul memang kena sembelih dah nie.Tak berkat pomen tu, redha saja. Memang penyangak betul.
Tapi minta maaf ya dik, awak cerita betul-betul. Gaya resit ni kereta tu dah macam kena banjir atau dah lama tak pakai..?Bengkel mana tu...nak tau jugak..supaya senang di siasat kebenarannya.
Catat Ulasan