Fujifilm Instax Mini 12 Kini Di Malaysia


Kamera filem segera Fujifilm Instax Mini 12 telah diperkenalkan secara rasmi pada awal bulan Mac yang lalu. Antara perubahan yang telah dilakukan ialah tubuh kini berbentuk segi empat tepat tanpa lengkung. Seterusnya terdapat juga penambahan ciri seperti fungsi pembetulan parallax baharu, kawalan pelarasan cahaya automatik dan struktur kanta juga telah dikemaskini.

Fujifilm Instax Mini 12 kini ditawarkan di Malaysia pada RM428 dengan Instax Mini Film diberikan secara percuma. Ia boleh didapati dalam pilihan warna seperti Lilac Purple, Blossom Pink, Mint Green, Clay White dan Pastel Blue. Pembelian boleh dibuat menerusi kedai atas talian atau pengedar sah rasmi Fujifilm Malaysia.
 

0/komen