Halang Penghantaran Pautan URL Pada SMS


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi, dalam menghalang penyertaan pautan URL dalam penghantaran SMS.

Langkah ini adalah dalam mengatasi sejumlah penipuan atas-talian, yang sering menghantar SMS kepada pengguna, sekaligus membawa kepada pengguna tertipu dengan menekan pautan padanya.

Pelaksanaan arahan ini akan dilakukan secara berperingkat, secepat mungkin.

Sebelum ini, ramai pengguna tertipu dengan penghantaran pautan melalui SMS, menyerupai penyedia perkhidmatan perbankan atau dompet digital – membuatkan pengguna menekan pada pautan tersebut, dan seterusnya mengalami penipuan serta kehilangan wang pada akaun. Sejak daripada itu, beberapa penyedia perkhidmatan dompet digital telah menyatakan tidak akan menghantar sebarang pautan URL bersama SMS daripada mereka.Kita berharap penipuan dan scam dapat berkurangan secara mendadak selepas ini.
 

0/komen