MagicBook 14 2023 telah diberi nafas baharu untuk berfungsi dengan baik menerusi sokongan cip pemprosesan Intel generasi ke-13 Raptor Lake, OS Turbo 2.0 dan storan dalaman lebih besar mencapai 1TB.
Reka bentuk anggun bersama saiz bezel yang nipis masih digunakan pada model tahun ini. Ini dipadankan pula dengan skrin 14.2-inci beresolusi 2520 x 1680 piksel dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga memuatkan beberapa ciri tambahan lain seperti nisbah skrin ke badan 91.5% dan gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 460nit.
Cip pemproses Intel Core i5-13500H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3050 digunakan sebagai tunjang utama. Sebagai tambahan, komputer riba ini juga telah dikemas kini dengan reka bentuk pelepasan haba serba baharu baharu bagi memastikan prestasi yang optimum.
Memori 16 GB DDR4 RAM dan storan sehingga 1TB NVMe PCIe SSD turut diberikan. Kemudian komputer riba juga menawarkan bateri sebesar 75Whr, di samping turut menyokong teknologi OS Turbo 2.0 yang didakwa mampu mengoptimumkan penggunaan kuasa untuk ketahanan bateri lebih panjang.
Harga jualan komputer riba ini bermula RMB5199 (~RM3,336) (16GB/512GB) dan RMB5499 (~RM3,528) (16GB/1TB). Ketersediaan peranti untuk pasaran global masih belum diumumkan setakat ini.
Catat Ulasan