Nearby Share Untuk Windows


Nearby Share adalah kaedah perkongsian fail yang sangat pantas dan efisien selepas AirDrop. Walaupun Google lambat memperkenalkan ciri ini, tidak dinafikan Nearby Share jauh lebih hebat berbanding ciri perkongsian fail oleh Apple.

Ciri ini menyokong pemindahan ke banyak peranti serentak, boleh kongsi fail besar dengan mudah, boleh kawal siapa yang layak menerima fail dan banyak lagi. Tahun lepas Google merancang untuk kembangkan penggunaan Nearby Share ke Windows dan tidak terhad kepada Chrome OS sahaja. Baru-baru ini aplikasi beta Nearby Share untuk Windows diumumkan sedia untuk diuji dan dimuat turun oleh semua.


Nearby Share untuk Windows ini percuma untuk digunakan oleh semua pengguna peranti Android dengan syarat akaun Google harus digunakan. Jika anda ingin kongsi ke peranti sendiri pastikan akaun Google sama digunakan. Ciri in turut boleh menghantar fail kepada orang lain asalkan mereka mempunyai Nearby Share terpasang dan emel mereka berada dalam senarai kenalan anda. Senarai kenalan juga di bawah kawalan pengguna sendiri.

Menariknya ciri ini membenarkan pengguna menghantar fail dari PC ke telefon atau di sebaliknya tanpa sebarang masalah. Dalam ujian ringkas  di mana fail bersaiz sekitar 4GB boleh dihantar pada kadar 7.7MB/s yang mana agak pantas berbanding Apple Air Drop yang kadangkala fail 2Gb pun bermasalah.



Ciri pemindahan fail nirwayar ini memudahkan lagi sebarang tugasan  atau jika ingin lihat gambar Hari Raya yang diambil pada telefon terus ke skrin komputer yang lebih besar tekan sahaja pautan di bawah untuk muat turun.

Update...

Terkini Android telah melancarkan aplikasi baharu untuk Windows iaitu Nearby Share Beta for Windows. Melaluinya pengguna boleh memindahkan pelbagai fail dari peranti Android ke peranti Windows dengan mudah seakan AirDrop pada iPhone dengan MacBook.

Nearby Share bagi yang masih tidak tahu sedia terpasang pada peranti Android masing-masing (asalkan Android 6.0 ke atas dan ada Google Play Store) adalah jawapan Google kepada Apple untuk AirDrop. Nearby Share juga lebih berkuasa kerana ada banyak kawalan, menyokong pemindahan fail ke banyak peranti serentak dan turut boleh menghantar fail bersaiz besar.

Cara menggunakannya;

Muat turun Nearby Share Beta for Windows di laman web Android.
 
Pasang pada peranti Windows anda.
  • Ubah tetapan privasi sama ada;
  • Terima daripada semua pengguna.
  • Terima daripada kenalan.
  • Terima daripada peranti anda.
  • Peranti disembunyikan.
  • Jika anda ingin Nearby Share sentiasa boleh menemui peranti anda hidupkan “Pastikan mod semua orang dihidupkan sepanjang masa”.
  • Hidupkan Nearby Share pada peranti Android dan pastikan tetapan privasi boleh ditemui oleh Windows.
  • Untuk hantar fail dari Windows ke Android hanya drag and drop sahaja ke tetingkap Nearby Share atau pilih fail/pilih folder.
  • Pada peranti Android tekan terima atau jika ia adalah peranti anda sendiri dengan akaun sama ia akan terima dengan automatik.
  • Jika anda ingin pindahkan dari peranti Android ke Windows pula pilih fail yang anda inginkan dan tekan butang kongsi.
  • Pilih “Share via Nearby Share”.
  • Pilih komputer anda.
  • Jika anda memindahkan ke banyak peranti tekan sahaja satu demi satu peranti yang tersenarai.

0/komen