Nekad Lompat Dari Teksi Motosikal


Seorang wanita berusia 30 tahun di Bengaluru, India melompat daripada sebuah teksi motosikal ketika pemandu cuba mengganggunya secara seksual dan membawa mangsa ke lokasi yang salah.

Wanita itu menempah teksi motosikal Rapido petang 21 April lalu pada pukul 11.10 malam (waktu tempatan). 


Pemandu itu kemudian merampas telefon bimbit wanita berkenaan dengan berpura-pura ingin mengesakan kata laluan sekali sahaja (OTP) dan memandu ke arah bertentangan.

Menurut polis, walaupun mangsa membunyikan penggera dan mengarahkan pemandu itu mematuhi peraturan, dia tetap berdiam diri.

Wanita itu kemudian merampas semula telefonnya dan menyedari lelaki itu mabuk. Pemandu itu bertindak balas dengan merampasnya kembali dan memandu lebih laju sebelum meraba mangsa.

Mangsa terpaksa melompat dari motosikal yang sedang bergerak untuk menyelamatkan diri. 

Suspek yang bernama Deepak kemudian ditangkap polis dan kini ditahan
 

0/komen