Nikon Nikkor Z DX 12-28mm F3.5-5.6 PZ VR Dilancarkan



Nikon Nikkor Z DX 12-28mm F3.5-5.6 PZ VR baru sahaja diumumkan sebagai kamera APS-C nircermin khusus terhadap video. Ia menampilkan reka bentuk yang padat bersama kawalan zum konsisten dengan julat panjang fokus yang fleksibel. Ini sekaligus menjadikannya sesuai untuk digunakan bagi tujuan vlogging dan penstriman langsung.


Hal ini bertambahbaik dengan tubuhnya seringan 205 gram menjadikannya mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana sahaja. Kanta baharu ini menawarkan zum sudut ultra lebar di antara 12-28mm yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai adegan, sama ada landskap atau swafoto berkumpulan

Fungsi zum ini juga boleh dikawal daripada jauh tanpa sentuhan yang sesuai digunakan bersama gimbal untuk merakam video. Sebagai tambahan kawalan ini turut boleh dibuat menerusi PC atau telefon pintar dengan aplikadi SnapBrige yang digunakan bersama. Kelajuan zum pula boleh dilaraskan dengan 11 tetapan berbeza yang diberi.

Ini dipadankan pula dengan kebolehan jarak fokus minimum hampir 19cm yang cukup baik untuk tangkapan makro dengan hal yang tajam. Kanta ini juga dilengkapi teknologi Nikon Vibration Reduction (VR) bagi mengurangkan gegaran seterusnya menghasilkan rakaman video yang stabil dan gambar cukup tajam.


Sesuai dengan fokusnya, kamera ini turut direka dengan tubuh yang tahan lasak dan kalis percikan air serta habuk. NIKKOR Z DX 12-28mm f/3.5-5.6 PZ VR baharu akan tersedia bermula bulan Mei akan datang dengan harga jualan $359.95 (~RM1,594) sebuah.

0/komen