Roborock S8 Pro Ultra Kini Di Malaysia


Tugas mengemas boleh menjadi lebih mudah dengan menggunakan robot penyedut hampagas. Tepat pada masanya, robot Roborock S8 Pro Ultra mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM5599 sebuah.

Roborock S8 Pro Ultra ialah model yang lebih mercu dan berkuasa berbanding Roborock S8 yang dijual di Malaysia sejak Mac lalu. Sistem dermaga RockDock Ultra membolehkan robot berfungsi sebagai mesin penyedut hampagas dan mengelap lantai. Ia juga mengeringkan mop menggunakan udara panas bagi mengelakkan bau serta pertumbuhan fungus.

Sistem ini juga mengosongkan kebuk sampah S8 Pro Ultra secara automatik membolehkan ia dikosongkan sekali setiap 7 minggu. Tangki air RockDock Ultra untuk mengelap lantai adalah mencukupi untuk ruang lantai seluas 3230 kaki persegi. Ia mengisi semula tangki pada S8 Pro Ultra secara automatik untuk mengelap lantai dengan campur tangan manusia yang minima.
 

0/komen