Skrin E-Ink Spectra 6 Di Umumkan


Sebelum ini skrin E-Ink hanya boleh memaparkan kandungan monokrom menjadikannya panel terbaik untuk peranti pembaca ebuku seperti Kindle. Tetapi teknologi skrin ini terus dibangunkan oleh E-Ink dan beberapa tahun lalu skrin berwarna mula ditawarkan. Kini E Ink Spectra 6 telah diumumkan dengan ia kini mampu menawarkan warna sebaik skrin LCD.
 
Spectre 6 mempunyai kepadatan pixel 200 PPI dan nisbah kontras 30:1 dengan paparan warna bukan sahaja panel LCD tetapi sebaik paparan kertas yang dicetak. Ia dipasarkan bagi tujuan pengiklanan di dalam kedai Menerusi ciri E Ink Sparkle, animasi boleh dipaparkan pada skrin supaya dapat menarik minat pelanggan yang melihat iklan yang dipaparkan.

Menurut E Ink, Spectra 6 adalah sehingga 12,000 kali lebih cekap dalam penggunaan kuasa eleltrik berbanding panel LCD dan sehingga 60,000 kali lebih cekap berbanding pengiklanan kertas yang dicetak. E Ink Spectra 6 akan mula dipasarkan pada 2024.

komen