Tetikus Yang Diletakkan Dalam Mulut


Tetikus ialah peranti input untuk komputer yang sudah wujud sejak 1963 dan dicipta oleh Douglas Engelbart. Tetapi ia memerlukan individu mempunyai telapak tangan untuk menggunakannya. Dengan komputer dan peranti pintar kini menjadi keperluan harian, peranti input yang memenuhi keperluan individu berbeza perlu dibangunkan. MouthPad^ ialah tetikus yang dipasang di dalam mulut.

Ia mempunyai sensor pada bahagian lelangit mulut yang ditekan untuk memberikan arahan pada peranti ia ditambat. MouthPad^ berfungsi secara bluetooth dengan ia boleh digunakan pada peranti Windows, Mac, Linux, Android dan iOS. Ia hanya seberat 7.5 gram dan diperbuat daripada bahan yang biasa digunakan untuk tujuan pergigian bagi memastikan keselesaan.

MouthPad^ direka untuk golongan OKU yang mempunyai isu menggunakan tangan mereka. Setiap MouthPad^ dihasilkan menggunakan teknik cetakan 3D. Pada waktu ini harga jualan tidak diumumkan kerana ia belum dijual secara terbuka.
 

0/komen