Xiaomi kini telah pun memperkenalkan generasi ke-8 untuk gelang tangan pintar mampu-milik mereka, iaitu Xiaomi Band 8.
Xiaomi Band 8 hadir dengan skrin 1.62 inci berasaskan AMOLED, serta mengekalkan rekaan skrin berbentuk pil seperti sebelum-sebelum ini. Xiaomi Band 8 turut menyertakan sokongan skrin aktif sentiasa, atau Always On Display.
Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan kalis air 5ATM, serta sensor seperti memantau kadar denyutan nadi, sensor pemantauan tahap oksigen dalam darah, serta pemantauan corak tidur.
Pada Xiaomi Band 8 ini, ia kini menawarkan masa penggunaan sehingga 16 hari lamanya pada penggunaan biasa, atau sehingga 6 hari dengan skrin aktif sentiasa. Bahagian pengecasan juga dilihat hadir dengan pengecas rekaan baharu.
Menariknya juga kali ini, Xiaomi hadir dengan pilihan sejumlah gelang tangan berbeza, disamping turut menawarkan aksesori berbentuk rantai, atau klip yang boleh dipasang di kasut.
Buat masa ini, Xiaomi Band 8 diumumkan untuk pasaran China sahaja.
Catat Ulasan