Xiaomi Pad 6 Dan 6 Pro Diumumkan


Xiaomi Pad 6 dan 6 Pro telah dilancarkan dengan kedua-duanya adalah tablet yang memberikan tumpuan kepada produktiviti. 

Xiaomi Pad 6 Pro

Dilengkapi skrin 11″ IPS LCD 144Hz yang menyokong sebuah stylus. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 dipadankan dengan memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 8600 mAh yang menyokong pengecasan 67W.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dan kedalaman 2MP sementara di hadapan kamera 20MP digunakan. Tablet menyokong paparan kandungan Dolby Vision dan juga audio Dolby Atmos. Hanya model WiFi sahaja ditawarkan oleh Xiaomi. Untuk memudahkan proses produktiviti, sebuah kerangka dengan papan kekunci lengkap serta pad sesentuh ditawarkan. Dari segi sistem operasi pula Pad 6 Pro menggunakan MIUI 14 yang berasaskan Android 13.


Xioami Pad 6 

Mempunyai spesifikasi yang sama cuma menggunakan cip Snapdragon 870, memori sehingga 8GB, storan sehingga 256GB, bateri 8840 mAh yang menyokong pengecasan 33W, kamera utama 13MP dan kamera belakang hadapan pula 8MP. Seperti model 6 Pro ia menyokong paparan Dolby Vision dan Dolby Atmos. Sokongan stylus dan papan kekunci fizikal juga turut diberikan.

Xiaomi Pad 6 dijual pada harga bermula RMB 1899 (~RM 1224) sebuah dan Xiaomi Pad 6 Pro pula pada harga bermula RMB 2399 (~RM1546) sebuah dalam pilihan warna biru, emas serta hitam.
 

0/komen