Xiaomi Sound Move Speaker Dilancarkan


Terbaharu sebuah lagi pembesar suara telah dilancarkan di China yang dikenali sebagai Sound Move Speaker. Ia diiklankan mampu menawarkan kualiti bunyi yang hebat untuk pelbagai senario. Pembesar suara ini direka dengan tubuh aluminum yang melepasi penarafan kalis air dan habuk IP66 sebagai pelindungan tambahan.


Ini dipadankan pula dengan empat unit sistem pembesar suara yang ditala oleh Harman AudioFX dan sensor graviti terbina. Ia bertujuan bagi memastikan bunyi yang jelas, seimbang dan berkualiti tinggi. Ia juga mempunyai dua unit radiator pasif di bahagian hadapan dan belakang pembesar suara yang mampu merendam bunyi sehingga 90dB.


Xiaomi Sound Move Speaker juga menyokong mod pintar dan ciri sambungan dwi-peranti serentak. Di samping turut serasi digunakan dengan pembantu maya Xiao Ai terbina, yang membolehkan pengguna mengawal produk rumah pintar. Bateri 4,150mAh disertakan pula boleh bertahan sehingga 21 jam yang juga menyokong sistem pengecasan pantas 22W menerusi port USB-C.

Xiaomi Sound Move Speaker dijual di China pada RMB699 (~RM450).

0/komen