Acer Swift Edge 16 Di Perkenalkan


Acer Swift Edge 16, komputer riba Acer Swift pertama yang dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 7040 yang terbaru. Ia merumahkan sebuah paparan skrin OLED bersaiz 16 inci dengan resolusi 3.2K (3200 x 2000) dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga boleh mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3 dan menjanjikan olahan warna yang jitu.
Dari segi komponen dalaman, Acer Swift Edge 16 ini dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan AMD Ryzen 7040 yang terbaru, bersama dengan gabungan cip grafik AMD Radeon 780M untuk gaming dan produktiviti kreatif.

Ia juga dimuatkan dengan pilihan memori DDR5 sehingga 32GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 2TB untuk storan hampir tanpa had.
Dari segi pilihan palam, komputer riba ini hadir dengan dua palam USB 3.2 Type-A, dua palam USB4 Type-C, HDMI 2.1 dan juga pembaca kad SD. Ia juga hadir dengan sokongan untuk teknologi internet nirwayar WiFi 7 dan menyokong sambungan internet pantas sehingga 5.8Gbps.

Dengan berat hanya 1.23kg juga, ia juga mengekalkan status siri komputer riba ini sebagai salah satu daripada komputer riba paling ringan di pasaran.

Acer mengatakan bahawa komputer riba ini akan ditawarkan sekitar suku ketiga tahun ini pada harga permulaan USD $1299.99/RM 5994
 

0/komen