Di medan perang pembedahan perlu dilakukan segera untuk menyelamatkan nyawa. Tetapi dalam situasi peperangan, menghantar anggota yang tercedera ke hospital tidak semestinya boleh dilakukan dan kadang kala hospital di lapangan tidak mempunyai bilik pembedahan yang mencukupi.
Sistem SurgiField ialah bilik pembedahan mudah alih kompak yang dibangunkan oleh SurgiBox sebuah anak syarikat Massachusetts Institute of Technology (MIT). Dengannya pembedahan kecemasan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ia terdiri daripada SurgiBubble yang merupakan bilik pembedahan mini yang memastikan ruang steril ketika pembedahan dilakukan.
Udara dalam kebuk SurgiBubble ini ditapis menggunakan penapis HEPA bagi memastikan tiada kekotoran boleh memasuki bahagian tubuh yang sedang dibedah. Setakat ini SurgiField telah didermakan untuk kegunaan lapangan di Ukraine dengan ia berjaya menyelamatkan 31 nyawa. Pihak SurgiBox kini merancang mendermakannya pula kepada Doctors Without Borders untuk kegunaan mereka pula.
Catat Ulasan