
Penduduk di sini terkejut apabila mendapati sebuah kereta yang terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, berdekatan Titicawang, di sini dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam kelmarin itu, kanak- kanak terbabit yang memandu kereta jenis Toyota Vios mengalami luka kecil pada dagu, manakala adik lelaki berusia tiga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kereta terbabit didapati dipandu secara berbahaya sehingga pengguna jalan raya lain menyangkakan pemandu mabuk, namun terkejut apabila mendapati ia dipandu kanak-kanak.
Kanak-kanak yang sama turut memberitahu bahawa dia mahu pergi ke kedai untuk membeli kereta mainan apabila ditanya penduduk yang berhenti untuk membantu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian kira-kira pukul 11.15 malam tadi.
Kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu kanak-kanak berusia enam tahun bersama seorang penumpang yang juga adiknya, berusia tiga tahun tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Menurutnya ,kereta itu yang datang dari arah Ulu Melaka hilang kawalan dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, berdekatan Titicawang.
Dua beradik itu dipercayai keluar dari rumah ketika bapa mereka sedang tidur, manakala ibu berada di dalam bilik air.
Kanak-kanak itu dipercayai memandu pada jarak kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Lanjutan dari itu...
Budak enam tahun yang memandu kereta Toyota Vios di Langkawi mendakwa kereta itu dipandu oleh makhluk berbulu.
Menceritakan semula kejadian yang berlaku, menurut kanak-kanak tersebut, ada seorang lelaki yang digelar sebagai tok wan, paklang dan ‘pakcik’ bersama mereka.
“Bukan abang bawa kereta. Pakcik dengan tok wan yang bawa. Diorang ajak abang pergi main ‘game’. Ceritanya.
Cerita kanak-kanak tersebut, entiti yang dipanggil sebagai tok wan itu juga berbadan panas, berbulu dan tidak kacak.
“Yang bawa kereta, orang tua badan besar, berbulu, seorang lagi pakcik duduk dekat sebelah, seorang lagi duduk di belakang,” katanya.
Kisah ini diceritakan semula daripada orang-orang kampung yang mempunyai hubungan rapat kepada ibu kanak- kanak terbabit.
Catat Ulasan