Find My Device Dikemaskini


Find My Device kini lebih mirip dengan ciri Apple Find My menerusi beberapa kemas kini yang diumumkan di Google I/O . Pertama sekali berbilion peranti Android akan menjadi nod pengesanan peranti Android yang berhampiran menerusi sistem bluetooth kuasa rendah. Apabila berhampiran peranti Android yang hilang di luar talian sekalipun, lokasinya boleh dijejak oleh Find My Device. Ciri ini sudah diminta pengguna Android sejak ia diperkenalkan pada Apple Find My.

Selain peranti pintar Android, Find My Device juga memberikan sokongan kepada peranti penjejakan objek keluaran from Tile, Chipolo, dan Pebblebee. Pejejekan fon telinga Pixel Buds, serta aksesori audio Sony dan JBL juga boleh dilakukan kelak. Terdapat pilihan untuk menderingkan fon kepala yang hilang serta notifikasi berapa hampir pemilik kepadanya dalam Find My Device.

Google sekali lagi mengesahkan Find My Device baharu akan mempunyai kemampuan memberikan amaran sekiranya ia mengesan peranti penjejak objek seperti Apple AirTag berhampiran pengguna. Google dan Apple bekerjasama bagi menyelesaikan isu penjejak objek disalah guna untuk tujuan jenayah.

Menurut Google, Find My Device yang lebih berkuasa ini akan diberikan pada musim luruh kelak. Besar kemungkinan di acara pelancaran Pixel yang seterusnya serta pengumuman rasmi Android 14.


 

0/komen