Fujifilm X-S20 Kini Di Malaysia


Fujifilm kini menawarkan kamera nircermin kompak baharu menerusi X-S20 dengan fokus terhadap mereka yang tidak biasa dengan kawalan manual, namun mahukan hasil rakaman berkualiti tinggi. Ia juga sesuai digunakan untuk merakam vlog menerusi mod khusus diberikan, selain mempunyai sistem autofokus pengesanan berasaskan AI bagi tujuan memberi fokus yang stabil untuk rakaman gambar serta video pegun

Fujifilm X-S20 menggunakan sensor 26.1 Megapixel XTrans CMOS 4 yang digabungkan dengan cip pemprosesan imej X-Processor 5. Video pula boleh dirakama sehingga 6.2K/30p 4:2:2 10-bit, pada masa sama pilihan rakaman 4K/60P dan 1080/240P juga disertakan. Di samping itu, pengguna juga dikatakan boleh merakam output video RAW sebagai Apple ProRes RAW 12-bit pada resolusi sehingga 6.2K/29.97FPS.

Kamera ini juga boleh disambungkan ke komputer riba menggunakan kabel USB-C untuk digunakan sebagai kamera web. Tiada sebarang perisian atau aplikasi tambahan diperlukan untuk tujuan berkenaan. Lebih menariknya apabila tetapan penggambaran boleh diselaraskan dan mod Film Simulation tersedia sewaktu digunakan untuk penstriman langsung. Bicu audio 3.5mm dam mikrofon terbina juga boleh ditemui sebagai pelengkap kepada kamera ini.


Fujifilm X-S20 sudah boleh dipratempah di Malaysia dengan harga bermula RM6,888 untuk tubuh sahaja. Ia kemudiannya meningkat kepada RM7,388 bersama kanta 15-45mm Kit dan RM8,888 pula berserta kanta 18-55mm Kit. Anda yang berminat boleh membuat pratempahan bermula sekarang dengan hadiah sehingga RM3,285 diberi secara percuma.
 

0/komen