Honor Band 7 Di Malaysia


Honor Band 7 kini mula ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga RM199 seutas. Ia boleh dibeli sama ada secara dalam atau luar talian menerusi pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.

Honor Band 7 menggunakan skrin AMOLED 1.47-inci memanjang yang dipadankan dengan tali sejenis silikon. Ia juga mempunyai butang fizikal khusus pada sisi kanan untuk kawalan tambahan. Di samping turut diberikan kebolehan penjejakan nadi, pola waktu tidur, oksigen dalam darah dan aktiviti sukan terbina.

Honor Band 7 juga mampu bertahan sehingga 14 hari penggunaan, yang kemudiannya berkurang kepada 10 hari dengan penggunaan berat. Ia juga melepasi penarafan kalis air 5ATM sebagai pelindungan tambahan.


0/komen