Infinix telah melancarkan dua peranti baharu di bawah siri Note untuk pasaran Malaysia. Ianya terdiri dengan Infinix Note 30 yang dijual pada RM699, sementara itu Infinix Note 30 Pro pula boleh didapati pada RM899.Ketersediannya bermula dari 25 Mei 2023 menerusi pengedar sah rasmi Infinix seluruh Malaysia di Lazada dan Shopee.
Infinix Note 30 Pro dilengkapi dengan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan juga dengan cip MediaTek Helio G99, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 68W secara berwayar dan 15W secara nirwayar.
Peranti ini juga mempunyai kamera utama 108MP + 2MP (kedalaman) + lensa AI, di samping turut memuatkan kamera swafoto 32MP di hadapan. Pembesar suara pula sejenis stereo dengan sistem audio JBL dan juga bicu audio 3.5mm disertakan.
Seterusnya Infinix Note 30 menggunakan skrin lebih besar 6.78-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip MediaTek Helio G99 turut digunakan sebagai tunjang utama dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Perbezaan turut boleh dilihat menerusi sistem kamera utama yang memuatkan 64MP (utama) + 2MP (kedalaman) + lensa AI dan kamera swafoto 16MP. Kapasiti bateri dikekalkan pada 5,000mAh namun pengecasan sekadar 45W tanpa kebolehan mengecas secara nirwayar. Peranti juga menyokong pembesar suara stereo dengan audio JBL dan bicu audio 3.5mm disertakan.
Catat Ulasan