Sebuah keluarga yang sedang menikmati perkhemahan di Kgalagadi, Botswana, terkejut apabila seekor singa jantan muncul dan berjalan hanya beberapa meter di hadapan tapak perkhemahan mereka.
Kejadian itu berlaku di kawasan rizab semula jadi di Kgalagadi, iaitu tempat pengunjung safari berhenti untuk berehat.
Menerusi video ini menunjukkan haiwan tersebut berjalan di sekitar tapak perkhemahan dan meninjau persekitarannya.
Singa itu juga menghampiri sebuah meja dan memeriksa apa yang berada di atasnya, di sebelah keluarga tersebut yang sedang berada dalam ketakutan.
Mereka bagaimanapun kekal bertenang dan berbisik sesama sendiri serta berdiam diri.
Debaran berakhir dengan singa itu menghampiri keluarga tersebut dan merenung mereka seketika sebelum beredar.
Seorang saksi menyifatkan ia sebagai satu kejadian yang berlaku sekali seumur hidup dan berkata: “Singa masuk ke kawasan kem tanpa diberitahu dan dalam keadaan senyap seperti yang berlaku kepada kami
Catat Ulasan