Pelan TuneTalk Borneo25 Tawar Data 30GB


TuneTalk kini hadir dengan pelan baharu Borneo25 yang menawarkan promosi cukup menarik pada harga mampu milik. Ia diperkenalkan bersempena dengan pesta keamaatan juga dikenali sebagai Tadau Keamatan yang menjelang tiba tidak lama lagi. Perlu dinyatakan di sini penawarannya juga hanya terhad buat pengguna di Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh dibeli menerusi kedai TuneTalk di kedua-dua negeri berkenaan.

Melalui pelan ini, pengguna boleh menikmati pas data internet tanpa had sebanyak 30GB sebulan yang juga diiklankan sebagai pelan ‘tanpa had’ dengan FUP (Fair Usage Policy). Ini bermakna kelajuan internet akan dikurangkan kepada 512kbps selepas mencapai suatu had penggunaan. Kelajuan internet pula diterhadkan kepada 3Mbps.

Pengguna juga boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua talian TuneTalk, di samping turut bebas bersembang di aplikasi pemesejan WhatsApp dan Wechat yang juga tanpa had. Seterusnya kebolehan hotspot pula akan berkongsi dengan kuota pas internet asas 30GB.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan pelan ini dengan harga serendah RM20 untuk masa terhad. Kemudian akan dijual pada RM25 seperti biasa selepas tamat promosi ini – termasuklah untuk langganan baharu atau pembaharuan data bulanan.
 

0/komen