Samsung BESPOKE Top Mount Freezer Di Malaysia

Peti sejuk dengan rekaan yang boleh diperibadikan Samsung BESPOKE Top Mount Freezer dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Seperti kesemua siri BESPOKE, pembeli boleh memilih warna panel untuk bahagian sejuk beku dan pendingin peti sejuk premium ini dengan tujuh kombinasi warna semuanya.

Setiap peti sejuk BESPOKE Top Mount Freezer dilengkapi teknologi Optimal Fresh+ dan AI Energy Mode bagi memastikan kesegaran barangan yang disimpan di dalamnya. Di Malaysia tujuh pilihan kombinasi warna boleh dipilih oleh pembeli. Bahagian kompresor peti sejuk juga diberikan jaminan sehingga 20 tahun oleh Samsung.


Harga jualan bermula daripada RM3199 dan meningkat ke RM3399 bergantung kepada kapasiti peti sejuk iaitu 404L, 427L dan 476L. Kesemua peti sejuk BESPOKE ini hadir dengan ciri pintar yang disokong ekosistem Samsung SmartThings dengan kesejukan, dan penggunaan elektrik boleh dikawal terus menerusi aplikasi.
 

0/komen