TicWatch 5 Pro Rasmi


Jam tangan pintar Mobvoi TicWatch Pro 5 telah rasmi dilancarkan. Ini adalah jam pertama yang dilancarkan kepada umum dengan Snapdragon W5+ Gen 1, kerangka pula adalah Obsidian dari aluminiuium siri-7000 dan menggunakan skrin 1.43″ bulat OLED 466×466 326ppi + 1 skrin tambahan dan memori 2GB RAM serta 32GB.

Bluetooth adalah 5.2, penjejakan GPS+Beidou+Glonass+Galileo+QZSS, ada speaker, ada mikrofon, pengimbas nadi, SpO2, dan paling penting menjalankan Wear OS 3.0. Mobvoi turut menyediakan bateri 628mAh pada jam mereka dengan jaminan perlindungan 5ATM dan tentera,

Ciri-ciri perisian Mobvoi seperti algoritma penjejakan termasuk dengan AFib turut akan disediakan. Sokongan kepada banyak aplikasi juga boleh diakses kerana Wear OS yang terbuka kepada orang ramai. Jam ini turut menyokong mod paparan 5 data berbeza serentak, akses ke Play Store, Home dan penggunaan dwi-skrin.



Perubahan paling drastik seterusnya adalah penggunaan tali jam. Tombol juga kini boleh berputar dan bergetar. Akses kepada Play Store akan membuatkan jam ini antara jam Wear OS terbaik di pasaran setakat ini.

Walaupun jam ini secara keseluruhan nampak sama rekaannya ada perkara yang membuatkan kita rasa nak marah.

Pertama sekali adalah TicWatch Pro 5 menggunakan saiz tali jam baharu. Saiz yang digunakan adalah lebih besar dan juga aneh iaitu 24mm. Ini menjadi masalah kerana tali jam adalah jenis tersuai dan tidak digunakan oleh pengeluar lain.

TicWatch Pro 5 menggunakan tali bersaiz 22mm atau lebih spesifik 50.0x(P) x 48.0(L) x 12.2(L) mm. Mobvoi turut menyatakan yang perubahan ini adalah disengajakan membuatkan pengguna TicWatch Pro 3 dan TicWatch Pro 3 Ultra termenung kerana tidak boleh menggunakan tali jam lama.

Mobvoi turut berkongsi yang kali ini penawaran tali jam untuk TicWatch Pro 5 dihadkan. Tetapi anda boleh padankan dengan tali jam pihak ketiga lain dan atau langgan sahaja TimeShow iaitu perkhidmatan langganan muka jam Mobvoi tersendiri untuk menghiasi jam anda.
 

0/komen