Xiaomi Civi 3 telah dilancarkan di China dengan ciri unik dwi-kamera swafoto dan juga dwi lampu flash di bahagian hadapan. Jelas sekali Civi 3 ialah peranti yang memberikan kepentingan kepada kemampuan swafoto dan swavideo.
Peranti hadir dengan skrin 6.55″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Dimensity 8200 Ultra, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 1TB UFS 3.1 dan bateri 4500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.
Kamera hadapan terdiri daripada lensa sudut 32MP sudut lebar dengan OIS dan 32MP ultra sudut lebar. Di belakang pula lensa sudut lebar 64MP dengan OIS dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Peranti boleh melakukan rakaman video sehingga 4K.
Ciri lain yang menarik ialah skrin Civi 3 mempunyai keterangan puncak 1500 nits. Panel belakang peranti turut mempunyai rekaan dwi-tona yang agak cantik. Sistem operasinya pula ialah MIUI 14 berasaskan Android 13. Harga jualan Xiaomi Civi 3 bermula daripada RMB 2499 (~RM1637) sebuah. Peranti ini tidak akan ke pasaran Malaysia tetapi seperti yang pernah dilihat sebelum ini akan dijenamakan semula sebelum ke pasaran global.
Catat Ulasan