Cooler Master Malaysia Memperkenalkan Sejumlah Paparan Skrin Gaming


Cooler Master Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka sudah mula menjual beberapa paparan skrin gaming yang sesuai untuk pelbagai jenis gamer, dan juga penggunaan.

Ini termasuklah paparan skrin gaming dari saiz 24 inci ke 27 inci dengan sejumlah nisbah paparan dan juga spesifikasi yang berbeza. Pertama ialah paparan skrin Cooler Master GM34-CWQ ARGB yang hadir dengan paparan skrin VA dengan saiz 34 inci, resolusi 3440×1440 (21:9) dan kadar segar semula 144Hz dan nilai kecerahan 400 nit dengan lengkungan 1500R.

Ia juga tampil dengan sokongan untuk teknologi AMD FreeSync Premium dan mampu mengolah 98 peratus daripada gamut warna DCI-P3 dengan dua palam HDMI 2.0 dan satu palam DisplayPort 1.4 dan palam USB Type-C 65W yang boleh digunakan untuk mengecas komputer riba produktiviti nipis dan ringan.

Model kedua didalam siri ini ialah Cooler Master GM27-CQS yang hadir dengan rekabentuk yang sama, tetapi pada saiz paparan 27 inci yang lebih padat dan sesuai untuk mereka yang mahukan paparan skrin yang tidak begitu besar.

Siri kedua ialah Cooler Master FFS yang terdiri daripada Cooler Master GM27-FFS dan GM238-FFS, paparan skrin IPS bersaiz 27 dan 23 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 165Hz dan boleh mengolah 90 peratus gamut warna DCI-P3.

Jika sebuah paparan skrin yang hadir dengan tanda harga mampu milik, maka ianya adalah siri paparan Cooler Master GA yang terdiri daripada Cooler Master GA-271 dan GA-241.

Siri ini hadir dengan penawaran paparan panel IPS bersaiz 27 dan 24 inci dengan resolusi 2560×1440 (GA-271) dan Full HD (GA-241) dengan kadar segar semula 100Hz, dan menyokong teknologi paparan seperti FreeSync dan teknologi paparan HDR10.

Cooler Master Malaysia mengatakan bahawa paparan-paparan skrin ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada tanda harga berikut, dan boleh dibeli melalui kedai-kedai komputer yang juga merupakan pengedar produk Cooler Master:

Cooler Master GM34-CWQ ARGB – RM1999
Cooler Master GM27-CQS – RM999
Cooler Master GM27-FFS – RM799
Cooler Master GM238-FFS – RM599
Cooler Master GA271 – RM649
Cooler MasterGA241 – RM399
 

0/komen