Dua Lelaki Singapura Mengamuk


Dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri dekat sini malam kelmarin.

Difahamkan, kedua-dua lelaki Singapura itu bertindak berang setelah ditegur penghantar makanan terbabit ketika cuba mengisi minyak menggunakan tong.



 
Menerusi rakaman video pendek ini turut menunjukkan dua anggota polis bantuan dilihat cuba menenangkan keadaan.


Salah seorang daripada lelaki itu juga bertindak membuka bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum mengeluarkan disyaki sebatang pengunci streng dipercayai cuba melakukan provokasi kepada rider berkenaan.

Polis bantuan berkenaan meminta kad pengenalan rider berkenaan sebelum kedua-dua lelaki itu cuba menyerang rider sekali lagi.


#

polis bantuan aje pun...tak boleh pakai...nampak macam dah kena suap...ini negara pencuri masuk rumah tuan rumah kena dakwa...duit punya pasalkan,,,🤣🤣🤣🤣🤣

0/komen