Kamera Big Sky Dilengkapi Sensor 316MP


Sensor paling besar pada telefon pintar sekarang ialah 200MP yang dikeluarkan oleh Samsung. Walaupun saiz megapixelnya besar, saiz fizikal sensor ISOCELL HP2 ini hanyalah 1/1.3″ sahaja. Tetap Big Sky telah melancarkan sebuah kamera yang dilengkapi sensor 316MP sebesar lebih 3″ yang mampu melakukan rakaman video sehingga 18K.


Kamera merakan video pada resolusi 18K x 18K dalam nisbah empat segi sama pada tetapan 60FPS HDR 12 bit. Kerana rakaman dilakukan pada resolusi amat tinggi, ia menghasilkan data pada kadar 400 gbps. Oleh itu ia menggunakan storan khas dengan kapasiti 32TB yang membolehkan rakaman selama 17 minit dilakukan.

Sensor bersaiz empat segi 77.5 x 75.6 mm (3 x 3″) digunakan bagi membolehkan video beresolusi tinggi diambil. Tetapan visual tertinggi diperlukan kerana ia akan dipancarkan di bangunan The Sphere di Las Vegas yang berbentuk sfera dilengkapi panel LED seluas 580,000 kaki persegi di luar dan 160,000 kaki persegi di bahagian dalam.



Apabila berada di dalam The Sphere, penonton dapat menikmati pengalaman seperti berada di dunia lain. Untuk menjadikan pengalaman ini realistik, visual beresolusi tinggi adalah perlu. Selain menjadi panggung visual terbesar dunia, The Sphere juga akan digunakan sebagai dewan konsert dengan U2 akan menjadi kumpulan pertama melakukan persembahan di dalamnya September hadapan.
 

0/komen