Komputer Gaming Lenovo LOQ Di Malaysia


Komputer riba siri Lenogo LOQ mula ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM3699 menjadikannya lebih mampu milik berbanding komputer pesaing.

Di Malaysia ia ditawarkan dalam empat pilihan cip AMD dan Intel. Skrin pula ditawarkan dalam pilihan 15.6″ FHD atau 16″ WUXGA dari jenis IPS dengan kadar segar semula 144Hz serta sokongan NVIDIA G-SYNC. Pilihan GPU pula adalah sehingga NVIDIA GeForce RTX 4050 6GB GDDR6, memori sehingga 16GB DDR5, dab storan sehingga  1TB SSD M.2 2242 PCIe Gen 4. Storan dan RAM boleh dinaiktaraf sendiri oleh pemilik kerana tidak dipateri ke papan induk.


Bateri adalah sehingga 80 Whr yang menawarkan penggunaan sehingga 7 jam. Sistem pengecasan pantas membolehkan bateri dicas ke tahap 80% dalam masa hanya 30 minit. Terdapat sistem lampu RGB Pada papan kekunci dan juga sistem penyejukan kipas berkembar 84mm. Dari segi audio pula terdapat sistem Nahimic Audio oleh SteelSeries. Kesemua model Lenovo LOQ boleh dibeli menerusi stor atas talian Lenovo Malaysia.

0/komen