Kongsi Resipi Telur Dadar Lipas


Seorang lelaki di Taiwan berkongsi idea tentang resipi masakan lipas kepada ahli-ahli kumpulan Facebook seni masakan.

Menurut Sun Kuocheng , dia pada awalnya berkongsi resipi itu kepada ahli kumpulan tersebut. Apabila mereka tidak mempercayai bahawa dia memakan lipas, dia merakam video itu sebagai bukti.

Kuocheng membiakkan lipas Dubia di rumah sebagai makanan untuk haiwan-haiwan reptilia peliharaannya. 

Baru-baru ini, lipas itu membiak dengan banyak sehinggakan haiwannya tidak mampu menghabiskannya jadi dia memakannya sendiri.

Kata Kuocheng, lipas itu tidak mempunyai bau yang pelik, mempunyai sedikit rasa cendawan dan mempunyai rasa seakan udang pada kulitnya.

Da telah memakan lipas itu selama beberapa hari dan dapat merasakan perubahan pada tubuhnya

0/komen