Laman Yang Menjual Data Peribadi Disita


Laman BreachForum yang menjadi tempat ratusan juta data peribadi yang dicuri kini tidak lagi beroperasi selepas domain disita oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Sekiranya lama Breached.vc diakses hari ini, notis mengatakan alamat kini sudah disita oleh Jabatan Perundangan (DOJ), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Pejabat Inspektor Jeneral Amerika Syarikat.

Pemilik laman Conor Fitzpatrick yang menggunakan nama atas talian Pompompurin ditangkap ada Mac lalu dan kini menanti untuk dihadapkan di mahkamah. Terdapat percubaan untuk meneruskan operasi laman oleh salah orang bekas pengurus tetapi ia tidak dapat dilakukan selepas pelayar turut diambil alih pihak berkuasa.

Pompompurin kini berhadapan pertuduhan menjual ratusan juta data peribadi pengguna Amerika Syarikat yang dicuri oleh penggodam. Di Malaysia, data beberapa serangan penggodam yang melibatkan jutaan data peribadi pengguna tempatan juga pernah dijual menerusi BreachForum.
 

0/komen