Lelaki Bawa 7 Kanak-Kanak Bonceng Skuter


Polis Mumbai menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kelmarin  atas dakwaan cubaan membunuh selepas sebuah video menunjukkan dia menunggang skuter bersama tujuh kanak-kanak tular di media sosial.

Pada 20 Jun lalu, satu klip video di muat naik memaparkan lelaki berkenaan sedang menunggang motosikal jenis skuter bersama tujuh kanak-kanak.

Lelaki tidak bertanggungjawab ini menunggang motosikal bersama tujuh kanak-kanak. Dia perlu ditahan segara kerana merisikokan nyawa mereka. Ibu bapa kanak-kanak itu juga perlu didakwa.



Video berkenaan  mendapat perhatian pihak berkuasa dengan polis Mumbai membuka kertas siasatan  di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) Seksyen 308 (cubaan membunuh) di Balai Polis Tardeo, demikian menurut  inspektor kanan polis, Vivek Shende.

“Jangan menunggang seperti ini. Penunggang motosikal ini meletakkan nyawa pembonceng kanak-kanak dan orang lain dalam bahaya. Ia kesalahan serius di bawah Seksyen 398,” kata polis trafik Mumbai.

0/komen