Lelaki Naiki Penerbangan Tanpa Tiket


Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang membeli pas seumur hidup daripada syarikat penerbangan United Airlines tiga dekad lalu hidup seperti raja sejak itu apabila dia  menaiki penerbangan sejauh berjuta-juta kilometer tanpa perlu membeli tiket.

Tom Stuker dari New Jersey membayar AS$290,000 (RM1.3 juta) untuk pas itu pada tahun 1990. Stuker berkata, keputusan membeli pas tersebut adalah pelaburan terbaik dalam hidupnya.

Dalam tempoh 33 tahun, Stuker, 69, telah terbang lebih 37 juta kilometer secara percuma.

Sebagai perbandingan, Kapal angkasa Apollo 11 yang membawa Neil Armstrong dan rakan-rakan angkasawannya ke Bulan mencatatkan perjalanan hanya 1.5 juta kilometer.

Stuker juga telah melawat lebih 100 buah negara.Perjalanan Stuker pada 2019 sahaja merangkumi lebih daripada enam perjalanan ke Bulan.

Pada tahun berkenaan, Stuker menaiki sebanyak 373 penerbangan meliputi jarak 2.3 juta kilometer. Jika membayar tunai untuk semua penerbangan tersebut, dia perlu membayar sebanyak AS$2.44 juta (RM11.41 juta).

0/komen