Lenovo Legion Pro 5i Di Malaysia


Lenovo Legion Pro 5i Gen 8 ialah sebuah lagi produk baharu yang diumumkan  untuk pasaran Malaysia. Komputer gaming ini dilengkapi skrin 16-inci WQXGA (2560 x 1600) IPS 240Hz, dijana cip sehingga Intel Core i9-13900HX, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070 8GB, memori sehingga 32GB RAM dan storan mencapai 2TB PCIe SSD (Gen 4) secara terbina.

Kapasiti bateri pula sebesar 80Whr dengan pengecasan berwayar 140W. Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera web terbina 1080P/720P, dua pembesar suara terbina dan menjalankan Windows 11 Pro/Home.


Pilihan I/O pula terdiri dengan 1 x Type C (USB 3.2 Gen 2 + DisplayPort 1.4). 1 x Type A (USB 3.2 Gen 1), 1 x Type A (USB 3.2 Gen 1), 1 x E-Shutter Button, 1 x DC, 1 x Type C, 1 x Type A USB 3.2 Gen 1, 1 x Type A USB 3.2 Gen 1, 1 x HDMI 2.1, 1 x RJ45 dan bicu audio.

Di Malaysia komputer gaming premium Lenovo Legion Pro 5i ini dijual pada harga bermula RM7299 sebuah menerusi kedai rasmi atas talian Lenovo.

0/komen