Meninggal Dunia Dalam Bilik Mesin ATM


Seorang lelaki di Banjarmasin Barat, wilayah Kalimantan Selatan meninggal dunia di dalam ruang kecil yang menempatkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pagi kelmarin.

Lelaki itu ditemui terbaring di dalam ruang tersebut yang terletak di sekitar Masjid Mujahidin, Belitung.

Ketika ditemui, dia memakai baju T berwarna biru  dan memiliki tubuh gempal.  

Pintu kaca bilik yang mengandungi mesin ATM tersebut turut pecah.

Jenazah lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Islam Banjarmasin untuk menjalani bedah siasat sebelum dibawa oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Punca kematiannya masih tidak dijelaskan.
 

0/komen