Kesukaran seorang budak perempuan berumur empat tahun dan neneknya yang cacat penglihatan serta berusia 68 tahun di wilayah Buriram meruntun hati rakyat Thailand.
Orang ramai kemudian mendermakan 1 juta baht (RM133,555) untuk membantu keluarga tersebut
Seorang guru bernama Phatcharin Esatee menggunakan media sosial untuk mencari bantuan untuk pelajarnya yang berumur empat tahun, Toey.
Di sebalik usia yang begitu muda, Toey menguruskan semua kerja rumah termasuk membasuh baju, mencuci pinggan mangkuk, malah dia turut membantu neneknya memasak.
Toey belajar di Tadika Baan Makham Thantawan di mana dia ialah guru kelas budak perempuan itu.
Setiap hari, nenek Toey, Sao mengiringinya ke sekolah dan pulang bersendirian di sebalik kecacatannya.
Phatcharin berkata, dia terperanjat melihat keadaan rumah Toey. Kediaman itu sangat daif dan bumbungnya berlubang-lubang. Rumah Toey hanya berlantaikan tanah dan dua beranak itu menggunakan sebuah bangku sebagai tempat tidur.
Nenek Toey memberitahu beliau bahawa dia menggunakan tikar untuk melindungi Toey apabila hujan. Toey sangat baik di sekolah. Dia tiada wang untuk membeli makanan dan snek seperti pelajar lain tetapi tidak pernah menangis kerana itu.
Menurut Phatcharin lagi,Toey kadang kala meminta snek daripada beliau dan dia berkongsi dengannya. Dia tidak pernah bermain dengan rakan-rakan pelajar pada waktu rehat. Dia sebaliknya datang untuk membantu beliau membersihkan bilik darjah.
Ibu bapa Toey bekerja di wilayah Rayong, timur Thailand tetapi mereka tidak pernah menghubungi atau menghantar wang untuk membantu kehidupan Toey dan neneknya.
Sao memiliki pendapatan cuma 1,400 baht (RM187) sebulan daripada elaun orang kurang upaya dan warga emas.
Wanita warga emas itu berkata, mereka makan nasi berlaukkan telur tetapi Toey tiada masalah untuk makan nasi bersama garam sekiranya mereka kehabisan wang.
Catat Ulasan