Pembersih Udara Acerpure Pro P2 Classic Di Malaysia


Acerpure turut dilihat melancarkan perkakasan pembersih udara terbaru mereka, iaitu Acerpure Pro P2 Classic.

Ia hadir dengan penapis HEPA 3-dalam-1 yang bukan sahaja boleh memerangkap zarah habuk, asap dan bakteria, tetapi juga zarah PM2.5 dan mempunyai pengimbas udara terbina yang boleh menyedut udara sekeliling secara lebih kuat apabila diperlukan untuk membersihkan udara dan juga diperlahankan apabila ia mengesan bahawa udara sudahpun cukup bersih.



Acerpure Malaysia turut mengatakan bahawa waranti motor untuk kipas dan juga pembersih udara mereka telah dinaikkan dari 2 tahun ke 10 tahun secara percuma untuk pembelian baru dan juga produk kipas dan pembersih sedia ada.


Acerpure Pro P2 Classic juga sudahpun ditawarkan di kedai atas-talian Acerpure Malaysia dan Acerpure Shopee pada harga RM899.
 

0/komen