Penapis Air Acerpure Aqua WP1 Dilancarkan


Acerpure, jenama kelengkapan rumah oleh Acer telah memperkenalkan siri penapis air Acerpure Aqua di acara COMPUTEX Taipei beberapa minggu yang lalu. Kini, Acer Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka mula menjual Acerpure Aqua WP1 di pasaran tempatan.


Penapis air Acerpure Aqua WP1 ini hadir dengan kebolehan untuk mengeluarkan air pada suhu sejuk 10 darjah Celcius dan panas sehingga 95 darjah Celcius, dan turut boleh menetapkan had kuantiti air yang dikeluarkan setiap kali. Pada masa yang sama, penapis air ini tidak memerlukan pemasangan paip khusus seperti pada Coway dan lain-lain, sebaliknya ia menggunakan tank air dengan kapasiti 8.7 liter, dan air berkenaan akan melalui penapisan empat tahap. Seperti biasa, ia turut menyertakan sistem penapis yang boleh digantikan oleh pengguna.

Satu keunikan penapisan penapis air Acerpure Aqua WP1 ini ialah ia hadir dengan penapis yang cukup berkuasa dimana ia boleh menapis air berperisa seperti air teh ataupun kordial, dan anda boleh mendapatkan air putih yang segar dan tidak mempunyai sebarang perisa ataupun pewarna tambahan. Penapis terbina produk ini juga boleh dibersihkan dan ditukar dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan seorang agen jenama ataupun bayaran tambahan.


Acerpure Aqua WP1 ini sudahpun boleh mula dibeli kedai atas talian rasmi Acerpure Malaysia dan juga di Shopee pada harga RM3599. Acerpure WP1 ini juga boleh dibeli melalui kedai fizikal One Living dan juga Chin Loong. Untuk setiap pembelian sebelum 14 Ogos 2023, waranti dua tahun penapis ini akan dinaiktarafkan ke lima tahun untuk percuma.
 

0/komen