Perodua telah memperkenalkan model baharu dan paling asas untuk keluarga Axia, dinamakan sebagai Perodua Axia E. Kereta dengan penawaran asas ini dilihat disasarkan kepada beberapa pengguna, terutamanya untuk penunggang motosikal dan kumpulan berpendapatan rendah. Sekolah memandu juga dijangka akan menjadi pengguna untuk model ini bagi tujuan latihan.
Perodua Axia E hadir dengan pemanduan secara manual, enjin VVT-i 1 liter dengan kuasa 67hp dan pecutan 91 NM. Kereta baharu dengan penawaran asas ini hadir dengan rekaan seumpama kereta Axia 2019, dan pada masa yang sama menggunakan rekaan bumper hadapan seumpama model 2017. Perodua dilihat melakukan langkah ini untuk membolehkan hadir dengan model kereta pada harga paling mampu milik.
Perodua Axia E ini juga turut hadir dengan dua beg udara, peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu, dan juga tempoh waranti selama lima tahun. Beberapa perbezaan lain berbanding penawaran model Axia lain adalah termasuk cermin tepi yang dikawal manual, dan sedikit kurang lebar berbanding model Axia lain. Tiada radio disertakan, selain bentuk paparan menggunakan rekaan lama dan bukannya LCD.
Tetapi, pada harganya, Perodua Axia E kini menjadikan ia kereta pada harga paling rendah oleh Perodua sehingga ke hari ini – dimana ia juga lebih berharga rendah berbanding Perodua Kancil sebelum ini.
Perodua menyasarkan menjual sekitar 1,500 unit model ini setiap bulan.
Catat Ulasan