Redmi 12 akhirnya dilancarkan secara rasmi bermula di Thailand. Ia merupakan sebuah peranti berspesifikasi pertengahan 4G yang mengetengah beberapa ciri utama seperti skrin dengan kadar segar semula tinggi, bateri berkapasiti besar dan kamera 50MP.
Redmi 12 menggunakan skrin sebesar 6.79″ LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungakan juga dengan nisbah kontras 1500:1 dan tahap kecerahan mencapai 550nits bertujuan pengalaman tontonan lebih baik.
Cip MediaTek Helio G88 digunakan sebagai tunjang utama peranti, di samping pilihan memori pula sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB LPDDR4X. Bateri sebesar 5,000mAh turut sama digunakan yang menyokong pengecasan berwayar 18W menerusi sambungan port USB-C.
Turut disertakan adalah sistem tri-kamera 50MP (utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro), sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP. Kebolehan merakam pula sehingga 1080P/30fps yang boleh dilakukan menerusi kedua-dua kamera berkenaan.
Lain-lain spesifikasi yang disokong termasuklah pengimbas cap jari sisi, sistem imbasan wajah, NFC, sambungan bluetooth 5.2, bicu audio 3.5mm, menjalan MIUI 14 berasaskan Android 13 dan melepasi penarafan kalis air IP53.
Peranti dijual pada harga TBH 5,299 (~RM705) untuk varian (8GB/128GB). Sementara itu, dua variasi lain seperti 4GB/128GB dan 8GB/256GB pula tidak didedahkan harganya buat masa ini.
Catat Ulasan