Tangkap ‘Ikan Pontianak’


Seorang nelayan di Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila menaikkan seekor makhluk parasit yang kelihatan begitu menyeramkan.

Eric Osinskie menangkap haiwan itu di Lembah Hudson, negeri New York pada 4 Jun lalu.

Osinskie berkata: “Ia adalah perkara paling aneh pernah saya tangkap. Ia mungkin sepanjang 60 sentimeter atau lebih panjang.

“Saya sebenarnya tersilap menangkapnya. Saya fikir ia adalah kayu pada awalnya,”

Haiwan itu sebenarnya adalah lamprei laut yang kadang-kadang dikenali sebagai ‘ikan pontianak’.

Ia akan berhijrah ke sungai untuk bertelur dan menggunakan mulutnya untuk menyedut darah haiwan lain. 

Mangsa kebiasaannya mati akibat kehilangan darah atau jangkitan lain

 

0/komen