Teknologi Audio Qualcomm S3 Gen 2


Cip audio Qualcomm S3 Gen 2 diumumkan dengan ia menyokong audio resolusi tinggi serta lengah masa bawah 20ms. Teknologi hanya disokong pada peranti pintar yang menggunakan cip Qualcomm. Semalam teknologi Qualcomm S3 Gen 2 akan dikembangkan pula ke TV, PC, komputer riba, konsol dan pelbagai lagi peranti menerusi penggunaan dongel.

Sokongan piawaian LE Audio Auracast menerusi penggunaan dongel dan penyesuai akhirnya diberikan. Dengan ini audio 24-bit 96kHz resolusi tinggi boleh dinikmati menggunakan protokol bluetooth menerusi teknologi Snapdragon Sound dan Qualcomm aptX Adaptive.

Untuk menikmati semua ini, pemilik dongel dan penyesuai hanya perlu memiliki aksesori audio yang menyokong Snapdragon Sound dan Qualcomm aptX Adaptive seperti Redmi AirDots 3.
 

0/komen