TV Samsung Bersaiz 98-inci Di Malaysia


Samsung Malaysia kini membawa masuk satu lagi penawaran televisyen baharu untuk pasaran tempatan, iaitu pilihan televisyen Samsung 98” QLED dan juga Samsung 77” OLED. Penawaran ini dikatakan selari dengan permintaan skrin paparan yang lebih besar oleh pengguna kebelakangan ini.

Kedua-dua model ini hadir dengan paparan yang cerah dan sesuai untuk menonton karya pada resolusi 4K. Samsung menyertakan sebuah pemprosesan khusus, dinamakan Neutral Quantum Processor 4K untuk membolehkan video dipaparkan pada resolusi 4K tanpa masalah.

Disamping itu, rekaannya yang minimalis turut dikatakan akan dapat memenuhi ruang tamu yang moden pada hari ini. Seperti penawaran televisyen lain, TV Samsung turut menyertakan hab khusus untuk mengakses pelbagai peranti dan kandungan dengan mudah – tidak kira konsol permainan, perkhidmatan penstriman dan sebagainya.


Samsung 98” QLED ditawarkan pada harga RM33,999 di Malaysia, sementara Samsung OLED 77” ditawarkan pada harga bermula RM27,999. Pengguna yang melakukan pembelian sebelum penghujung Jun 2023 ini turut akan menerima sebuah TV Sero bernilai RM5999 secara percuma.
 

0/komen