
DXOMark telah menerbitkan laporan penuh mengenai prestasi kamera peranti ini. Xiaomi 13 Ultra menduduki tangga ke-14 dalam carta global dengan kutipan mata keseluruhan sebanyak 140 mata. Ini meletakkan kebolehan kameranya adalah setanding dengan Samsung Galaxy S23 Ultra (Snapdragon) dan Vivo X90 Pro+.
Pecahan markah pula Xiaomi 13 Ultra mengutip sebanyal 138 mata bagi keupayaan fotografi. Seterusnya 65 mata pula untuk bokeh, 72 mata untuk pratonton, 147 mata untuk kebolehan zum dan 137 mata pula melibatkan rakaman video.

Kebolehan kamera peranti ini menghasilkan kualiti imej yang konsisten dalam kebanyakan keadaan termasuk zum. Sistem imbangan putih dikatakan konsisten, sekaligus turut mampu menghasilkan gambar dan video yang nampak semula jadi, Peranti ini juga dipuji kerana mempunyai julat dinamik yang luas dalam gambar dan sistem autofokus video cukup lancar.

Kritikan pula diberikan terhadap masalah lengah masa yang berlaku sewaktu butang shutter ditekan. Seterusnya penghasilan semula warna juga tepu untuk tangkapan gambar di luar bangunan. Sistem imbangan putih pada video pula tidak memuaskan, dalam pada itu masalah dedahann turut berlaku dalam beberapa situasi. Bukan itu sahaja fungsi potrait juga dikatakan gagal berfungsi dengan baik sepenuhnya.

Xiaomi 13 Ultra telah disahkan bakal hadir ke pasaran Malaysia.
Catat Ulasan