Xiaomi Automatic Smart Door Lock Kini Di Malaysia


Xiaomi Malaysia mula menjual produk yang jarang mereka bawa masuk ke Malaysia iaitu Xiaomi Automatic Smart Door Lock. Sebuah kunci pintu pintar yang membenarkan pengguna menyahkunci pintu dengan pengimbas cap jari, pin, NFC (Xiaomi Smart Band, kad khas) atau kawalan suara dengan pembantu maya seperti Google Assistant atau Siri.

Kunci pintu ini dibina daripada aloi tahan lasak. Terdapat lampu LED terbina untuk memaklumkan pengguna apabila telah dibuka atau dikunci. Xiaomi turut menyertakan ciri yang boleh memaparkan pin secara tidak menentu, selain turut boleh mencipta kata laluan untuk digunakan sekali.


Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai penggera, dwi-sensor terbina dan boleh mengawal segalanya dengan satu aplikasi sahaja iaitu Xiaomi Home. Xiaomi Automatic Smart Door Lock dijual pada harga RM1899. Sempena promosi anda boleh dapatkan Xiaomi Outdoor Camera AW200 (bernilai RM149), Xiaomi Smart Hub 2 (bernilai RM 199) dan pemasangan percuma.


0/komen