BYD Dolphin Kini Rasmi Di Malaysia


Jenama kenderaan elektrik dari China, BYD telah membawa masuk BYD Dolphin ke pasaran tempatan secara rasmi dan syarikat tersebut telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk model Standard Range dan Premium Extended Range.

BYD Dolphin Standard Range tampil dengan motor yang mempunyai kuasa tork 180Nm dan boleh memecut dari 0-100KM/J dalam masa 12.3 saat. BYD Dolphin Extended Range pula hadir dengan motor yang mempunyai kuasa tork 350Nm dan boleh memecut dari 0-100KM/J dalam masa tujuh saat sahaja.


BYD Dolphin Standard Range hadir dengan bateri 44.9kWh dan mempunyai jarak WLTP (Worldwide Harmonized Light Vehicles Test Procedure) sejauh 340KM, manakala model Extended Range mempunyai kapasiti bateri 60.48kWh dan jarak WLTP 427KM.

Kedua-dua model BYD Dolphin juga menyokong pengecasan AC 7kW pada asasnya yang boleh mengecas kenderaan ini dari kosong ke penuh dalam sekitar 7-8 jam, tetapi model Standard Range menyokong pengecasan DC 60kW, manakala model Extended Range menyokong pengecasan DC 80kW yang lebih pantas, dengan kebolehan untuk mengecas bateri kenderaan ini dari 20 peratus ke 80 peratus dalam masa sekitar 33 minit.


Tanda harga untuk BYD Dolphin Standard Range ditetapkan pada RM99,900, manakala model Premium Extended Range pula ialah pada harga RM124,900 sebelum cukai dan bayaran tambahan. Jika berminat untuk melihat dan menguji kenderaan elektrik serba mampu milik ini, anda boleh mendaftar di laman web ini.
 

0/komen