Dekorasi Ayat Al-Quran Dibuang Macam Tu Aje


Beberapa gambar memaparkan dua keping dekorasi yang diukir ayat al-Quran dibuang dan dibiarkan di atas tanah begitu sahaja.

Keadaan tersebut ternyata mendapat perhatian orang ramai dan mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu yang berbuat demikian.

Pihak berkuasa di minta untuk membuat rondaan dan pemeriksaan di kedai-kedai yang menerima tempahan mengukir atau memahat ayat al-Quran untuk dijadikan bahan dekorasi diteliti cara kerja mereka agar bahan suci tersebut tidak diletakkan di bawah seperti keadaan dalam gambar yang terbabit.

Pihak berkuasa kena ronda, datang pantau kedai-kedai macam ini untuk tengok cara kerja mereka. Takut jadi macam gambar ini, dekorasi yang ada ayat al-Quran dibiar atas tanah, atas lantai, dibuang macam itu. Kena ambil perhatian isu ini, sebab soal agama Islam.

Pernah juga  seorang penghantar barang menegur pemilik kedai tersebut kerana membiarkan perhiasan yang memaparkan ayat al-Quran dibiarkan di atas tanah, namun dimarahnya kembali.

Rider (penghantar barang) tu tanya, pemilik kedai kata jangan sibuk.

Kalau macam itu biar sahaja,, asal kan kita dah tegur, biar dia kena soal jawab kat sana (akhirat) nanti. Orang begitu kita tak akan menang.

0/komen